PENDAFTARAN

Bagaimana cara daftar untuk SCVP?

Anda boleh daftar di laman web SELANGKAH Vax (https://vax.selangkah.my).

Siapa yang layak untuk mendaftar?

Ketika ini, pendaftaran dibuka kepada semua syarikat di Malaysia. Pendaftaran untuk individu/keluarga/pusat penjagaan kesihatan akan dibuka tidak lama lagi.

Saya sudahpun mendaftar melalui MySejahtera untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Apakah yang akan berlaku kepada pendaftaran saya di MySejahtera jika saya mendaftar untuk SCVP?

Pendaftaran anda masih akan direkodkan di dalam MySejahtera.

Bilakah patut saya sediakan senarai pekerja dan lokasi?

Senarai ini perlu diberikan kepada kami melalui e-mel apabila anda membuat pembayaran 50% yang selebihnya untuk tempahan biasa.

Untuk tempahan Ekspres, senarai ini perlu disediakan selepas pembayaran sepenuhnya telah dibuat.

Saya sudah daftar dan telah menerima sebut harga. Bagaimanapun, terdapat perubahan dalam jumlah pekerja. Bolehkah saya dapatkan sebut harga yang baharu?

Boleh.

Di manakah lokasi untuk SCVP?

i. Jika jumlah pekerja anda melebihi 1,500 orang, vaksin akan diberi di tempat kerja anda.

ii. Jika jumlah pekerja anda kurang daripada 1,500 orang, vaksin akan diberi di klinik panel yang telah dilantik.

Jika jumlah pekerja saya kurang daripada 1,500 orang, bolehkah saya pilih untuk diberi vaksin di lokasi syarikat kami?

Boleh, tetapi ia akan melibatkan kos tambahan untuk logistik.

Jika pekerja saya berada di Sabah atau Sarawak, adakah mereka layak untuk menerima vaksin?

Ya. Klinik Perubatan Am kami juga ada di Sabah dan Sarawak.

Bolehkah saya pilih lokasi untuk SCVP?

Boleh. Majikan akan diberi pautan laman web untuk memilih lokasi dan waktu janji temu.

Syarikat saya mempunyai lebih daripada satu subsidiari/cawangan. Bolehkah saya daftarkan mereka di bawah satu syarikat induk?

Boleh.

Setelah selesai vaksinasi di bawah SCVP, adakah data mengenai status vaksinasi yang sama akan dikongsikan kepada MySejahtera?

Ya. Laporan untuk vaksinasi ini akan dikongsikan kepada KKM dan MySejahtera.

Bolehkah saya menukar tarikh janji temu saya?

Boleh. Bagaimanapun, tarikh baharu adalah mengikut budi bicara pihak pentadbiran SCVP.

Perlukah semua pekerja saya memuat turun aplikasi Selangkah untuk SCVP?

Ya. Untuk pekerja yang tidak mempunyai telefon pintar, sekeping kad janji temu fizikal akan diberikan di tapak SCVP.

Adakah terdapat jumlah maksimum bilangan pekerja yang saya boleh daftarkan untuk SCVP?

Tidak.

Adakah terdapat jumlah minimum bilangan pekerja yang saya boleh daftarkan untuk SCVP?

Tidak.

Bolehkah pekerja asing di syarikat saya mendaftar untuk SCVP?

Boleh, dengan dokumentasi yang sah.

VAKSIN

Adakah kami akan diberi sijil setelah selesai menerima dua dos vaksin?

Ya. Sebuah sijil digital akan dikeluarkan sebaik sahaja proses vaksinasi dua dos selesai.

Bilakah program vaksinasi ini akan bermula?

Maklumat ini akan diumumkan apabila tiba masanya.

Adakah keutamaan diberikan kepada sekumpulan orang tertentu (contohnya syarikat dengan petugas barisan hadapan, warga emas dan sebagainya)?

Tidak. Vaksin akan diberikan mengikut urutan syarikat mana yang daftar dahulu (first come first served basis).

Apakah jenama vaksin Covid-19 yang akan ditawarkan di bawah SCVP?

Salah satu vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM). Maklumat mengenai vaksin ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Berapa doskah yang diperlukan untuk vaksinasi ini?

Dua dos untuk setiap individu.

Bilakah dos kedua vaksin akan diberikan?

Minimum 21 hari selepas pemberian dos pertama.

Berapakah umur yang sesuai bagi seseorang itu untuk menerima vaksin ini?

18 – 89 tahun, dengan tanpa adanya kontraindikasi.

Apakah kesan sampingan yang biasa dialami selepas divaksin?

Kesan sampingan normal ialah rasa sakit di tempat suntikan. Kesan sampingan lain termasuklah pening kepala, sakit otot, demam/menggigil, sakit sendi, bengkak di tempat suntikan, loya, penurunan berat badan dan bengkak di kelenjar limpa.

Apakah patut saya lakukan jika kesan sampingan vaksin berterusan lebih dari 48 jam atau menjadi lebih buruk?
  • Rujuk doktor serta-merta
  • Laporkan kesan sampingan menerusi vax.selangkah.my
  • Anda juga boleh melaporkan kesan sampingan ke www.npra.gov.my.
Perlukah pekerja menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum mereka divaksinasi?

Tidak. Bagaimanapun, majikan perlu mengambil langkah berjaga-berjaga untuk memastikan pekerja mereka tidak dijangkiti Covid-19 betul-betul sebelum mereka divaksinasi.

Jika seorang pekerja itu didapati positif Covid-19, adakah dia masih layak untuk menerima vaksin?

Ya. Seseorang pesakit Covid-19 itu layak menerima vaksin tiga bulan selepas dia sembuh.

Apakah syarat yang boleh menyebabkan pekerja saya tidak layak untuk menerima vaksin?

Individu yang mempunyai kriteria berikut tidak layak untuk menerima vaksin:

  • Hipersensitif atau diketahui mempunyai alahan terhadap apa jua komponen (ramuan aktif, eksipien atau bahan yang digunakan) di dalam vaksin atau vaksin yang serupa;
  • Mempunyai reaksi alahan teruk yang terdahulu terhadap vaksin (contoh: acute anaphylaxis, angioedema, dyspnea);
  • Sedang menjalani rawatan kanser (kemoterapi, radioterapi, imunoterapi);
  • Telah menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem dalam masa 3 bulan sebelum vaksinasi;
  • Kekurangan jumlah platelet;
  • Demam akibat jangkitan virus/bakteria;
  • Menerima rawatan dengan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk Covid-19 dalam masa 3 bulan sebelum vaksinasi;
  • Mempunyai penyakit HIV;
  • Wanita yang mengandung atau menyusukan anak

PEMBAYARAN & BAYARAN BALIK

Adakah vaksin di bawah SCVP percuma?

Tidak. Majikan perlu tanggung kos vaksinasi untuk pekerja mereka. Pekerja tidak patut diwajibkan untuk membayar kos vaksinasi mereka.

Berapakah harga vaksin di bawah SCVP?

Akan dimaklumkan kelak.

Bilakah saya perlu membuat bayaran 50% pertama untuk vaksinasi ini?

Untuk mengesahkan tempahan, deposit lima puluh peratus (50%) perlu dibayar dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh sebut harga.

Bilakah perlu saya membuat pembayaran 50% yang selebihnya?

Pembayaran lima puluh peratus (50%) yang selebihnya perlu dibuat dalam empat balas (14) hari dari tarikh invois.

Apabila pembayaran penuh telah dibuat, bagaimanakah pekerja akan diberitahu mengenai tarikh janji temu mereka?

Pekerja boleh diberitahu dalam dua cara:

i. Makluman daripada pihak pengurusan syarikat mereka kepada staf

ii. Menerusi aplikasi Selangkah mereka (pekerja perlu memuat turun aplikasi Selangkah)

Jika pekerja saya menerima janji temu daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebelum tarikh SCVP tetapi syarikat saya sudahpun membayar untuk vaksinasinya di bawah SCVP, adakah syarikat saya akan dapat bayaran balik?

Ya, tetapi tertakluk pada terma dan syarat.

Antara tarikh pembayaran dan tarikh janji temu, salah seorang pekerja saya enggan menerima vaksin. Adakah syarikat saya akan dapat bayaran balik?

Tidak.

Antara tarikh pembayaran dan tarikh janji temu, salah seorang pekerja saya hamil dan tidak boleh menerima vaksin. Adakah syarikat saya akan dapat bayaran balik?

Ya, tetapi tertakluk pada terma dan syarat.

Antara tarikh pembayaran dan tarikh janji temu, salah seorang pekerja saya didapati tidak layak menerima vaksin disebabkan oleh faktor kesihatan. Adakah syarikat saya akan dapat bayaran balik?

Ya, tetapi tertakluk pada terma dan syarat.

Adakah pampasan akan diberikan kepada penerima vaksin yang mengalami kesan negatif susulan imunisasi (Adverse Events Following Immunisation - AEFI)?

Ya. SCVP akan menyediakan pampasan untuk penerima vaksin yang terjejas, dengan syarat bahawa vaksinasi berkenaan disahkan secara perubatan telah menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

TEKNIKAL

Bagaimana caranya untuk membatalkan pendaftaran saya?

Tidak perlu. Setelah sebut harga yang anda terima telah tamat tempoh, sistem kami akan membatalkan pendaftaran anda secara automatik.

Bagaimana boleh saya tahu jika pendaftaran saya telah berjaya dan selesai?

Pendaftaran anda berjaya dan selesai apabila anda menerima ‘Booking ID’. Formatnya ialah: “VXSL*****”.

Bagaimana caranya untuk saya mengemas kini butiran pendaftaran?

i. Hubungi hotline kami: 1800-22-6600

ii. Menerusi laman web vax.selangkah.my

Saya ada lagi soalan yang belum terjawab. Siapakah yang boleh saya hubungi?

Untuk semua pertanyaan mengenai vaksin yang berkaitan dengan SCVP, sila hubungi Selcare: