TEMPAH SLOT VAKSIN UNTUK DIRI SENDIRI & TANGGUNGAN ANDA

PPV akan ditutup manakala sekolah akan dibuka! Lindungi diri anda dan juga anak anda (genap berumur 12-17 tahun) dengan memastikan anda semua mendapat suntikan vaksin! 🛡️

Kini, anda boleh tempah slot vaksin melalui:

Tempah dan pastikan anak anda divaksin segera demi keselamatan kita bersama!

Tekan pautan ini untuk menonton video tutorial tentang cara membuat tempahan.

Penafian: Perkhidmatan ini disediakan oleh rakan niaga kami Selcare Clinic Sdn Bhd.

TEMPAH, BAYAR & TERIMA VAKSIN DI PUSAT SELVAX

VAKSIN SELCARE KINI TERSEDIA KEPADA ORANG RAMAI

Ada dua program yang disediakan:

1. Penjualan Vaksin Selcare secara pukal 

– Terbuka kepada Hospital, Klinik dan Farmasi

– Untuk beli, sila hubungi 03-7931 9309 atau e-mel sebarang pertanyaan kepada [email protected]. Secara alternatif, anda jugak boleh hubungi atau hantarkan mesej kepada 019-666 1767 atau 013-446 0366.

2. Vaksin Selcare untuk individu

Sekarang, anda boleh tempah, bayar dan terima vaksin serta-merta di mana-mana Klinik Selcare atau Klinik Panel, bukan sahaja di Lembah Klang malah di negeri lain juga.

Senarai klinik-klinik ini adalah seperti berikut:

 

KLINIK SELCARE

1. Selcare Sentosa
— Alamat: 25, Jln Dato Dagang 39, Taman Sri Sentosa, 41200 Klang, Selangor.
— Hubungi: 03-5161 5426

2. Selcare Puchong
— Alamat: A-14-0-6, Jalan Permai 1/1, Taman Puchong Permai, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
— Hubungi: 03-5882 0650

3. Selcare Putrajaya
— Alamat: 11, Jalan P9 B/1, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
— Hubungi: 03-8893 0268 | 03-8888 0263 | 03-8888 3268

4. Selcare USJ Sentral
— Alamat: Persiaran Subang, G-7, Jalan Usj Sentral 3, USJ Sentral, 47630 Subang Jaya, Selangor.
— Hubungi: 03-8023 5358 | 03-8011 4962

5. Selcare Skypark
— Alamat: M19, Sultan Abdul Aziz Shah Airport, SkyPark Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor.
— Hubungi: 03-7847 3969

6. The KL Clinic, Bangunan Rohas Perkasa
— Alamat: Mezzanine Floor, East Wing, Rohas Perkasa, No. 9, Jalan P Ramlee, Wilayah, 50250 Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-2166 0395 | 03-2181 3362

7. The KL Clinic, KLO Stesyen Keretapi Lama KTM
— Alamat: Stesen Keretapi Lama, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, 50621 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-2276 5239

8. The KL Clinic, Menara Hap Seng 2
— Alamat: Lot No. 1M-02, Level 1M, Menara Hap Seng 2, Plaza Hapseng, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-2022 0343

9. The KL Clinic, Menara Olympia
— Alamat: Suite 0401, 4th Floor, Menara Olympia, No. 8, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-2022 3267

10. The KL Clinic, Menara Worldwide
— Alamat: GF Unit B-1 & B-2, Menara Worldwide, 198 Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-2181 5677

11. The KL Clinic, Sri Rampai
— Alamat: No.42, Jalan Megan Setapak, Taman Megan Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-4143 8250

12. The KL Clinic, UBN Tower
— Alamat: 2nd floor, UBN Tower, 10, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
— Hubungi: 03-2072 2239 | 03-2022 2239

 

KLINIK PANEL

PERLIS

1. PDAR Padang Besar
Alamat: No 11, Jalan Besar, 02100, Padang Besar
Hubungi: 04-9490698

KEDAH

1. PDAR Alor Mengkudu
Alamat: No 105, Taman Limau Manis 2, Jalan Alor Mengkudu, 05400, Alor Setar
Hubungi: 04-7310166

2. PDAR Cindai Jaya
Alamat: No 2 Jalan Cindai Jaya 1, Taman Cindai Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Hubungi: 04-422 5969

3. Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan (Kulim)
Alamat: 121, Pusat Perniagaan Putra, Jalan Kelang Lama, 09000, Kulim
Hubungi: 04-4958116

PERAK

1. Klinik Dr. Mazlan (Tanjung Malim)
Alamat: No 40 Jalan Chong Ah Peng, 35900, Tanjung Malim
Hubungi: 012-5414491

2. Klinik Pertama, Ipoh
Alamat: No 36, Jalan Ng Weng Hup, Taman Pertama, 30100, Ipoh
Hubungi: 05-5269501

3. PDAR Ampang Baru, Perak
Alamat: No 8, Jalan Ampang Baru 6B, Pusat Perdagangan Ampang Baru, 31350,Ipoh
Hubungi: 05-3110667

4. PDAR Ipoh, Perak
Alamat: No 13, Hala Taman Meru 13, Taman Meru 2B, 30020, Ipoh
Hubungi: 05-5279969

5. PDAR Taiping
Alamat: No 45, Jalan Changkat Utama, 34850, Taipimg
Hubungi: 05-8553969

PENANG

1. Klinik Bersatu, Georgetown
Alamat: 30, Gat Lebuh Macallum,Georgetown, 10300, Pulau Pinang
Hubungi: 04-2612735

2. Klinik Dr Dashindar Singh (Simpang Ampat)
Alamat: 2194, Jalan Bukit Minyak, Kawasan Perniagaan Asas Murni, 14100, Simpang Ampat,Pulau Pinang
Hubungi: 04-5883817

3. PDAR Seberang Perai
Alamat: No 5, Jalan Tasek Gelugor Jaya, Pusat Komersial, Tasek Gelugor Jaya, 13300
Hubungi: 04-5733377

4. PDAR Tmn Sena Jaya, Kepala Batas
Alamat: 16, Ground Floor, Jalan Sena Jaya, Taman Sena Jaya, 13200, Pulau Pinang
Hubungi: 012-4101246

NEGERI SEMBILAN

1. Klinik Famili, Mantin
Alamat: No 1-G, Jalan Besar Mantin, 71700, Mantin
Hubungi: 06-7584339

2. PDAR Seremban 2
Alamat: 19, Ground Floor, Jalan S2 B15, Pusat Dagangan Seremban 2,70300, Seremban
Hubungi: 06-6012466

3. AMC Medical Clinic
Alamat: No 63, (G-Floor), Jalan S2 B21, Pusat Dagangan Seremban 2 (Centrio), 70300 Seremban, N. Sembilan
Hubungi: 019-5562828

4. Klinik Hana (Nilai)
Alamat: G2-G, Acacia Avenue, Jalan Jati 9, Putra Nilai, 71800, N. Sembilan
Hubungi: 06-7991284

MALACCA

1. Klinik Prima Melaka
Alamat: No 19A, Jalan KJ 2,Taman Krubong Jaya,75250,Cheng
Hubungi: 06-336 6321

2. Poliklinik Azhali Medik, Melaka
Alamat: 7, Jalan BU 5,Taman Bachang Utama,75400, Bachang
Hubungi: 06-2881370

3. Ohana Mediclinic (Melaka Tengah)
Alamat: No 22, 22-1 , Jalan Cheng Perdana 1/1B, Taman Cheng Perdana, 75250 Melaka Tengah, Melaka
Hubungi: 06-3122556

JOHOR

1. Klinik Famili, Johor Bahru
Alamat: No 4, Jalan Setia Tropika 1/1, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru
Hubungi: 07-2342250

2. Klinik Kurnia, Batu Pahat
Alamat: No 35, Jalan Orchard Heights 1, Taman Orchard Heights, 83000, Batu Pahat
Hubungi: 07-4322518

3. Poliklinik Chu
Alamat: No 272, Jalan Kenanga 29/8, Indahpura, Kulai, 81000, Johor
Hubungi: 018-355 9055

4. Poliklinik Perdana, Johor
Alamat: No 17-01, Jalan Perdana 4,Taman Sri Pulai Perdana 2, 81300, Skudai Johor Bahru
Hubungi: 011-51905939

5. Klinik Sihat (Segamat)
Alamat: No 46-A, Tingkat Bawah, Jalan Genuang Kampong,Pusat Komersial Abdullah, 85000, Segamat Johor
Hubungi: 07-9332666

6. Klinik Bakti (Kluang)
Alamat: No 11, Jalan Seri Impian 1/1, Taman Seri Impian, 86000, KLluang
Hubungi: 07-7715562

PAHANG

1. Klinik As-salam, Kuantan
Alamat: No B42 & B44-GF, Jalan IM 7/5,Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
Hubungi: 012-5760969

KELANTAN

1. Klinik Dr Firdaus, Kota Bharu
Alamat: Lot 1564, Tingkat Bawah, KG Gayong, Jalan Pengkalan Chepa, 15400, Kota Bharu
Hubungi: 09-7741101

TERENGGANU

1. PDAR Gong Badak
Alamat: PT 37773, Tingkat Bawah, Jalan Gong Pak Damat, Taman Desa Jaya, 21300, Kuala Terengganu
Hubungi: 09-6651063

2. Klinik Safwa (Kuala Terengganu)
Alamat: Lot 1778 B & 1778 C,20050, Kuala Terengganu
Hubungi: 09-6225656

Kami meneruskan usaha untuk menyediakan vaksin kepada lebih ramai orang, di seluruh negara. Dapatkan stok vaksin anda sekarang!

VIDEO TUTORIAL

Cara menyemak temu janji vaksinasi SelVAX

Cara menjalani proses vaksinasi di PPV

Cara menyemak butiran vaksinasi setelah menerima suntikan

Cara menyemak temujanji dos kedua

Cara Menyemak Sijil Vaksin Digital di Selangkah App

SelVAX KOMUNITI: CARA MENGGUNAKAN KOD BAUCAR

Cara Menggunakan Kod Baucar Di Dalam Aplikasi Selangkah

BAHASA LAIN, disediakan oleh UNHCR

Bahasa Inggeris

Arab

Bahasa Burma

Hakha

Jingpo

Mon

Parsi 

Somali

Tamil

Tedim

Urdu

SELVAX INDUSTRI

KAUNTER TEMPAHAN SelVAX INDUSTRI DIBUKA

SOALAN LAZIM (setakat 27 Jun 2021)

PENDAFTARAN

Apakah itu Program SelVAX?

SelVAX adalah satu usaha Kerajaan Selangor sebagai langkah sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai sasaran imuniti kelompok. Ia mengandungi program yang bertujuan mempercepatkan proses inokulasi di kalangan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Selangor (Program Kerajaan Negeri) dan program untuk melindungi ekonomi negeri Selangor yang menyumbang kepada hampir 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara (Program Industri).

Program Kerajaan Negeri akan diberi secara percuma kepada 250,000 orang yang masih belum menerima suntikan vaksin. Antara golongan yang terlibat adalah ahli Skim Peduli Sihat dan kumpulan B40.

Program Industri pula ialah program berbayar terbuka kepada syarikat dan majikan secara sukarela dan bertujuan untuk memberi vaksin kepada lebih kurang 1,000,000 pekerja.

Bagaimanapun, kos pemberian vaksin di bawah Program Industri ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka.

Apakah cara untuk mendaftar dalam Program SelVAX?

Anda boleh daftar di laman web SELANGKAH Vax (https://vax.selangkah.my).

Siapakah yang layak mendaftar dalam Program SelVAX?

Buat masa ini, pendaftaran dibuka kepada semua syarikat di Malaysia. Pendaftaran bagi individu/keluarga/kemudahan penjagaan kesihatan akan dibuka tidak lama lagi.

Saya telah mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi Kebangsaan di aplikasi MySejahtera. Apakah yang terjadi dengan pendaftaran di MySejahtera sekiranya saya mendaftar dalam Program SelVAX?

Rekod pendaftaran anda bakal direkodkan di dalam MySejahtera.

Bilakah syarikat perlu menghantar senarai pekerja dan lokasi tempat kerja?

Senarai pekerja seharusnya dihantar kepada kami secara emel (dalam format yang kami akan berikan) setelah pembayaran penuh telah dibuat.

Saya telah mendaftar dan menerima sebut harga suntikan vaksin. Namun, terdapat perubahan dari segi bilangan pekerja. Bolehkah saya mendapatkan sebut harga baharu?

Ya. Anda boleh mengubah bilangan pekerja anda di vax.selangkah.my dan sebut harga baharu akan dihantar.

Di manakah lokasi Program SelVAX?

Sekiranya bilangan pekerja melebihi 1500, suntikan vaksin akan dijalankan di pusat pemberian vaksin yang ditetapkan atau di tempat kerja (bergantung kepada kesesuaian tempat kerja).

Sekiranya bilangan pekerja kurang daripada 1500, suntikan vaksin akan dijalankan di Pusat Pentadbiran Vaksin (PPV) atau klinik panel yang ditetapkan.

Sekiranya pekerja syarikat kami kurang daripada 1,500, bolehkah saya memohon suntikan vaksin dijalankan di tempat kerja?

Tidak. Pekerja dinasihatkan untuk mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdekat. Lokasi PPV akan dimaklumkan melalui sistem dalam talian atau pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPV.

Bolehkah saya memilih lokasi tertentu untuk mendapatkan suntikan vaksin?

Ya. Majikan akan diberikan pautan untuk memilih lokasi janji temu.

Bilakah saya boleh memilih slot vaksinasi?

Pemilihan slot vaksinasi hanya boleh dibuat selepas pembayaran penuh sebut harga.

Syarikat saya memiliki lebih daripada satu anak syarikat/cawangan. Bolehkah saya mendaftarkan pekerja anak syarikat/cawangan di bawah syarikat induk?

Boleh.

Setelah suntikan vaksin melalui Program SelVAX sudah lengkap, adakah data berkenaan status suntikan vaksin akan muncul di MySejahtera?

Ya. Laporan suntikan vaksin melalui Program SelVAX akan dikongsikan dengan KKM dan MySejahtera.

Bolehkah saya menjadualkan semula janji temu suntikan vaksin?

Ya. Walau bagaimanapun, tarikh baharu harus diluluskan oleh pentadbir Program Program SelVAX.

Adakah semua pekerja syarikat perlu memuat turun Aplikasi Selangkah bagi tujuan Program SelVAX?

Ya. Bagi pekerja yang tidak mempunyai telefon pintar, mereka akan diberikan kad suntikan vaksin di lokasi Program SelVAX.

Apakah jumlah maksimum pekerja yang boleh didaftarkan dalam Program SelVAX?

Tiada had maksimum.

Apakah jumlah minimum untuk melayakkan sesebuah syarikat mendaftar dalam Program SelVAX?

Tiada had minimum.

Bolehkah pekerja asing mendaftar dalam Program SelVAX?

Ya, asalkan pekerja tersebut dapat menyediakan dokumentasi yang sah.

Adakah pekerja diberikan sijil setelah melengkapkan dua dos vaksin?

Ya. Kami akan mencetak sijil digital bagi menandakan seseorang pekerja sudah melengkapkan dua dos vaksin.

VAKSIN

Bilakah program vaksinasi ini akan bermula?

Program vaksinasi ini dijadualkan bermula pada 28 Jun 2021.

Adakah golongan tertentu bakal diberi keutamaan (misalnya syarikat yang menggaji barisan hadapan, warga emas dll.)

Tidak. Giliran suntikan vaksin diberi kepada sesiapa yang mendaftar terlebih dahulu.

Apakah jenis vaksin COVID-19 yang ditawarkan dalam Program SelVAX?

Vaksin CoronaVac (SinoVac) yang dihasilkan oleh SinoVac Life Sciences.

Adakah vaksin Covid-19 ini selamat dan efektif?

Ya, semua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah selamat dan berkesan digunakan di Malaysia. NPRA merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin sebelum didaftarkan dalam program pemvaksinan di Malaysia.

Sehingga kini, pemberian vaksin COVID-19 Malaysia diberikan kelulusan bersyarat mengikut kepatuhan sepenuhnya kepada penilaian data saintifik, klinikal dan teknikal. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) akan meluluskan penggunaan vaksin di Malaysia berdasarkan hasil penilaian NPRA.

Vaksin CoronaVac (SinoVac) telah memperoleh persetujuan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.

Sumber: vaksincovid.gov.my; FAQs

Berapa doskah yang diperlukan untuk vaksinasi ini?

Dua dos untuk setiap individu.

Bilakah dos kedua vaksin akan diberikan?

Dalam tempoh sekurang-kurangnya 21 hari setelah menerima dos pertama.

Apakah julat umur untuk melayakkan seseorang disuntik vaksin?

Bakal penerima suntikan vaksin seharusnya berumur 18 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kesihatan.

Apakah kesan sampingan yang dialami seseorang setelah menerima suntikan vaksin?

Kebiasaannya, penerima vaksin berasa lenguh-lengih di tempat yang disuntik. Kesan sampingan lain adalah seperti sakit kepala, sakit otot, demam/menggigil, sakit sendi, tempat yang disuntik bengkak, loya, hilang berat badan dan kalenjar limfa membengkak.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kesan sampingan ini berterusan lebih dari 48 jam ataupun bertambah teruk?
  • Segera pergi berjumpa doktor
  • Laporkan kesan sampingan melalui Aplikasi Selangkah
  • Anda juga boleh melaporkan kesan sampingan vaksin COVID-19 melalui www.npra.gov.my
Adakah pekerja perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum menerima vaksin?

Tidak. Walau bagaimanapun, majikan seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan pekerja mereka tidak dijangkiti COVID-19 sebelum menerima vaksin.

Sekiranya seseorang pekerja disahkan positif COVID-19, adakah dia layak mendapatkan suntikan vaksin?

Ya. Pesakit COVID-19 dibenarkan menerima suntikan vaksin setelah 3 bulan berakhirnya jangkitan.

Apakah syarat yang menyebabkan seseorang TIDAK layak menerima vaksin?

Individu yang mempunyai kriteria berikut tidak layak untuk menerima vaksin:

  • Hipersensitif atau diketahui mempunyai alahan terhadap apa jua komponen (ramuan aktif, eksipien atau bahan yang digunakan) di dalam vaksin atau vaksin yang serupa;
  • Mempunyai reaksi alahan teruk yang terdahulu terhadap vaksin (contoh: acute anaphylaxis, angioedema, dyspnea);
  • Sedang menjalani rawatan kanser (kemoterapi, radioterapi, imunoterapi);
  • Telah menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem dalam masa 3 bulan sebelum vaksinasi;
  • Kekurangan jumlah platelet;
  • Demam akibat jangkitan virus/bakteria;
  • Menerima rawatan dengan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk Covid-19 dalam masa 3 bulan sebelum vaksinasi;
  • Menghidap penyakit HIV
Adakah ibu hamil dan menyusukan anak dibenarkan mengambil suntikan vaksin?

CoronaVac (vaksin Sinovac Covid-19) kini sesuai diambil oleh ibu yang mengandung 14-33 minggu dan yang sedang menyusukan anak.

Walau bagaimanapun, ibu hamil dan yang sedang menyusukan anak dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mempunyai sebarang kebimbangan.

Sumber: vaksincovid.gov.my; Garis Panduan Suntikan Vaksin COVID-19 bagi Ibu Hamil dan Menyusukan Anak

PEMBAYARAN & BAYARAN BALIK

Adakah vaksin yang diterima melalui Program SelVAX diberi secara percuma?

Tidak. Majikan akan menanggung kos suntikan vaksin pekerjanya. Majikan tidak boleh mengenakan sebarang caj berkaitan Program SelVAX ke atas pekerja mereka.

Berapakah kos vaksin yang dikenakan melalui Program SelVAX?

RM350 untuk dua dos.

Bilakah saya boleh membuat pembayaran bagi vaksinasi ini?

Pembayaran boleh dibuat selepas mendapat sebut harga.

Bilakah saya akan mendapat slot suntikan vaksin?

Suntikan vaksin akan diberi secepat mungkin bergantung kepada kekosongan slot setelah pembayaran penuh dibuat dan senarai nama penerima vaksin telah diberi.

Bilakah penerima akan menerima perincian janji temu suntikan vaksin?

Penerima vaksin akan menerima pengesahan tarikh dan lokasi suntikan vaksin sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh janji temu.

Saya masih belum menerima tarikh janji temu suntikan vaksin. Bolehkah saya terus ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin tanpa janji temu?

Tidak. Sesiapa yang datang secara “walk-in” tanpa janji temu yang sah tidak dibenarkan masuk.

Apakah cara untuk memaklumkan pekerja berkenaan tarikh janji temu?

Pekerja akan dimaklumkan melalui cara yang berikut:

  • Makluman daripada pihak pengurusan syarikat
  • Melalui Aplikasi Selangkah masing-masing (pekerja perlu memuat turun Aplikasi Selangkah)
  • Panggilan telefon atau SMS daripada pentadbir Program SelVAX
Sekiranya pekerja mendapat janji temu Program Imunisasi Kebangsaan sebelum tarikh janji temu Program SelVAX namun syarikat telah membayar kos suntikan melalui Program SelVAX, adakah kos yang ditanggung oleh syarikat akan dipulangkan semula?

Ya. Namun hal ini tertakluk pada terma dan syarat.

Antara tarikh pembayaran dibuat dan tarikh janji temu, salah seorang pekerja saya enggan menerima suntikan vaksin. Adakah kos yang ditanggung oleh syarikat akan dipulangkan semula?

Tidak.

Antara tarikh pembayaran dibuat dan tarikh janji temu, salah seorang pekerja didapati tidak layak menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan. Adakah kos yang ditanggung oleh syarikat akan dipulangkan semula?

Ya. Namun hal ini tertakluk pada terma dan syarat.

Sekiranya pekerja yang disuntik vaksin mengalami Kesan Advers Selepas Imunisasi (AEFI) yang serius, adakah mereka bakal diberikan sebarang pampasan?

Ya, Program SelVAX akan memberikan pampasan kepada penerima yang terjejas dengan syarat terbukti suntikan vaksin tersebut menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal setelah disahkan oleh pakar perubatan bahawa ia adalah akibat daripada vaksinasi Program SelVAX. Namun hal ini tertakluk pada terma dan syarat.

TEKNIKAL

Bagaimana caranya untuk membatalkan pendaftaran saya?

Anda tidak perlu membuat apa-apa. Sekiranya sebut harga yang diberikan sudah luput, pendaftaran yang terdapat di dalam sistem akan terbatal secara automatik.

Apakah cara untuk mengetahui sekiranya pendaftaran saya sudah berjaya dan lengkap?

Apabila ID tempahan diterima, hal ini bermakna pendaftaran anda sudah berjaya dan lengkap. Format ID tempahan ialah: VXSL *****

Apakah cara untuk membuat pembetulan pada pendaftaran?

i. Hubungi talian hotline kami: 1800-22-6600

ii. Menerusi laman web vax.selangkah.my

Apa peranan Aplikasi Selangkah dalam Program SelVAX?

Dalam Program SelVAX, Aplikasi Selangkah merupakan aplikasi yang akan digunakan bagi tujuan:

i. Melihat tarikh, masa dan lokasi janji temu suntikan vaksin.

ii. Pengesahan penerimaan dos daripada penerima.

iii. Pengeluaran sijil digital kepada penerima setelah melengkapkan beberapa dos yang diperlukan.

iv. Pelaporan kes AEFI.

Adakah semua penerima vaksin perlu memuat turun Aplikasi Selangkah bagi Program SelVAX?

Mereka digalakkan untuk memuat turun Aplikasi Selangkah bagi tujuan yang disebutkan di atas (nombor 47).

Saya ada lagi soalan yang belum terjawab. Siapakah yang boleh saya hubungi?

Untuk semua pertanyaan mengenai vaksin yang berkaitan dengan SCVP, sila hubungi Selcare: