Select Page

Ciri aplikasi Selangkah yang anda tunggu-tunggu akhirnya diperkenalkan!

Kepada anda yang sebelum ini pernah meminta kami lancarkan ciri yang mana anda boleh daftar masuk sekali dengan ahli keluarga atau rakan, ada berita baik!

Dengan ciri baharu Bubble, anda bukan sahaja boleh daftar masuk dengan tanggungan, malah dengan rakan pun boleh!

‘Bubble’ ialah sebuah terma yang sering digunakan pada musim pandemik ini untuk merujuk kepada sekumpulan individu yang kerap berinteraksi antara satu sama lain. Diamalkan di negara-negara seperti New Zealand, Bubble membantu mencegah peningkatan kes Covid-19 sambil membenarkan kehidupan sosial masyarakat serta ekonomi negara untuk diteruskan.

Di aplikasi Selangkah, fungsi baharu Bubble membolehkan anda untuk cipta kumpulan (dipanggil Bubble) dan tambahkan ahli siapa anda sering luangkan masa. Contoh Bubble ialah Keluarga, Rakan Baik dan Rakan Sekerja.

Sebagai contoh, Selena mempunyai sebuah Bubble (dinamakan Yoga Ladies) yang merangkumi rakan-rakan akrab yang menghadiri kelas yoga tiga kali seminggu dengannya. Selena juga ada sebuah lagi Bubble (dinamakan Working Gurls), yang melibatkan empat orang rakan sekerja yang paling rapat dengannya; dan mereka sering keluar makan tengah hari bersama.

Inilah cara menggunakan fungsi Bubble:

Pada suatu hari, Selena ingin menjamu selera di sebuah restoran bersama rakan-rakan Working Gurls. Dengan menggunakan fungsi Bubble, Selena boleh ‘wakilkan’ rakan-rakannya dan daftarkan masuk mereka semua secara berkumpulan.

Ciri ini juga disepadukan dengan produk Selangkah yang lain. Ia termasuklah membuat janji temu berkumpulan untuk ujian saringan RTK/PCR, mendaftar untuk pemantauan kuarantin di rumah, serta mendaftar untuk vaksinasi.

Memang mudah! Tetapi sebenarnya ada tujuan yang lebih mendalam di sebaliknya.

Manfaat Bubble

Ada dua senario yang menggambarkan cara kita menghadapi pandemik ini. Yang pertama, kita boleh laksanakan ‘lockdown’, tetapi ia mendatangkan kesan buruk terhadap ekonomi serta kesihatan mental orang ramai apabila mereka dipaksa berkurung.

Yang kedua pula, orang ramai dibenarkan bergerak ke sana sini, tetapi yang menanti ialah kesesakan orang ramai dan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

“Kami percaya, ciri Bubble ini ialah sebuah kompromi yang boleh diamalkan dengan mudah, seperti yang dipraktikkan di negara seperti New Zealand dan Taiwan,” kata pengasas dan ketua pegawai informasi Selangkah Dr Helmi Zakariah.

“Tujuan asalnya memanglah untuk memudahkan pendaftaran masuk secara berkumpulan, tetapi ia juga direka bentuk sebagai alat pengubahsuaian kognotif dan tingkah laku.”

Dengan Bubble, anda boleh menikmati pergaulan sosial secara peribadi dengan rakan rapat anda. Pada masa yang sama, penularan Covid-19 masih boleh dikawal.

“Ini tidak bermaksud anda boleh keluar dan bertemu dengan semua orang yang anda kenali. Sebaliknya, anda hadkan perjumpaan anda dengan individu tertentu. Orang ramai boleh menikmati pergaulan sosialnya secara sederhana, manakala ekonomi negara ini masih boleh diteruskan,” tambah Dr Helmi.

Pada masa akan datang, ciri Bubble akan digunakan untuk memahami pendedahan alam sekitar dan tingkah laku berkumpulan terhadap Covid-19, memandangkan banyak kluster muncul di kawasan tempat kerja. Ini sebahagian daripada usaha menggerakkan rakyat Malaysia untuk mengikut strategi jangka panjang yang lestari.

“Kerana lingkungan anda, lebih daripada tanggungan”

Tutorial: Cara Menggunakan Fungsi Bubble